Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hidangan Kayangan, Harga Berpatutan! Udang Kara Boston, Tomahawk & Beef Wellington Antara Pilihan Terbaik Di Kay's Steak & Lobster

Amri Hassan
11/03/2023 02:37 MYT
Tercari-cari hidangan stik enak berjus dan udang kara yang segar diimport dari luar negara? Kay's Steak & Lobster adalah jawapan paling tepat!

Jangan risau, Kay's Steak & Lobster menjanjikan harga terbaik dengan kualiti hidangan premium yang terjamin akan membuatkan setiap pelanggan pulang dengan senyuman!

A post shared by Kay’s Steak & Lobster ?? (@kaysteaklobster)


Kata Pengarah Urusan Kay's Steak & Lobster, Aizuddin Khalid, 30 menu utama diperkenalkan dalam jaminan persekitaran selesa berkonsepkan 'fine casual' ketika menjamu selera.

Lobster thermidor

"Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia.

"Selain itu beberapa hidangan lain yang turut menjadi pilihan ialah Lobster Garlic Butter, Lobster Cajun Butter, Classic Lobster Roll dan Omotesando Lobster Roll.

Tomahawk & wagyu

"Selain itu, hidangan daging tomahawk dan daging wagyu juga menjadi pilihan penggemar. Harga seperti di kebanyakan premis lain dikira mengikut berat yang dimahukan pelanggan.

"Beberapa jenis daging stik boleh pelanggan jamah di sini seperti Black Angus Tomahawk dan Black Angus Porterhouse.

Beef Wellington

"Kita juga ada seasonal menu misalnya Beef Wellington yang diperkenalkan pada Disember 2022, tapi memandangkan mendapat permintaan luar biasa, kami jadikan ia menu tetap.

Nasi daging Danok untuk Ramadan

"Selalunya, menu harian kami tidak menyajikan hidangan nasi. Namun setiap kali bulan Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik," kata Aizuddin.

A post shared by Kay’s Steak & Lobster ?? (@kaysteaklobster)


Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, restoran ini mempunyai dua cawangan lain iaitu di Liberty Arc, Ampang yang dibuka pada 2021 dan di IOI Conezion, Putrajaya mula diperkenalkan kepada orang ramai sejak Jun 2022.



Bagi mengetahui lokasi, harga menu serta informasi mengenai Kay’s Steak & Lobster, layari https://www.kaysteaklobster.com/ atau Instagram https://www.instagram.com/kaysteaklobster/
#Ramadan #Tomahawk #STIK #Ayam Percik #Beef #Kay's Steak & Lobster #Nasi Daging Danok #Udang Kara', #Wellington
;