Asam Laksa Pulau Pinang merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Namun tahukah anda, kini Asam Laksa Pulau Pinang juga merupakan hidangan terbaik dunia! Hebatkan?

Perkara itu disahkan oleh saluran berita antarabangsa CNN baru-baru ini.

CNN telah menyenaraikan hidangan popular Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

CNN juga menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".

Tempat pertama diungguli oleh hidangan kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga pula merupakan masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan iaitu pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).

Kredit foto: go.bellavitatravels.com

Selain Malaysia, masakan dari Jepun dan China iaitu sushi dan Peking Duck juga turut tersenarai dan masing-masing di tangga keempat serta kelima.

Sumber: CNN

Kredit main foto: season with spice