Hidap Hepatitis Gara-Gara Makan Suplemen Produk Tempatan
Zulaikha Yusof
17/07/2020 01:30 MYT
17/07/2020 01:30 MYT
Seorang wanita yang dikenali dengan nama Farah tampil membuat dakwaan yang seorang ahli keluarganya menghidap hepatitis gara-gara mengambil suplemen daripada produk tempatan.
Menerusi perkongsian @farahfrzna di laman Twitter, fungsi suplemen yang diambil itu dikatakan untuk memotong selera makan.
"My sister disahkan menghidap Hepatitis sebab makan suplemen daripada produk tempatan. Sekarang ditahan di Hospital Serdang.
"Saya dah cuba hubungi HQ produk tempatan tersebut, untuk dapatkan nombor KKM berdaftar dan dokumen lain.
"Pengasas bagi info dengan baik, katanya produk tersebut tak perlukan kelulusan KKM sebab produk tersebut tiada bahan terlarang dan produk yang tidak dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
"Suplemen tersebut ialah produk langsing yang boleh potong selera makan, bukan detox.
"Sebelum ni memang tak pernah cuba mana-mana produk tempatan, suplemen atau skincare. Walaupun tahu ada produk tempatan tertentu boleh dipercayai. Tapi my sister terjebak sebab kawan dia cadang," kongsinya.
Tambah Farah, tujuan dia membuat pendedahan adalah kerana mahukan pengasas produk peka dengan memikirkan nyawa pelanggan, bukan semata-mata untuk meraih keuntungan.
"Banyak kes yang sama terjadi dengan produk tempatan. Pengasas semua jenis nak cepat senang, tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.
"Nanti ada lah tu yang nak komen dekat bawah, 'siapa suruh beli', 'siapa suruh percaya'.
"Kepada sesiapa yang ada niat nak buat produk sendiri, terutamanya suplemen macam ni. Tolonglah fikir kesan kepada orang lain. Bukan fikir untung diri sendiri..
"Kalau kita pesan dekat orang lain jangan beli, ada jugak 'orang lain' yang akan terus beli. Jadi..
"Orang yang patut kita didik ialah, bakal pengasas yang nak mulakan business suplemen atau skincare. Tolonglah fikir kesan dan nyawa orang lain," kongsinya lagi.
Tambah Farah, dia memilih untuk tidak mendedahkan nama jenama terbabit bagi mengelakkan daripada dikenakan saman.
Bagaimanapun, Farah mendedahkan pihak keluarganya sudah mengambil tindakan undang-undang dan berharap agar orang ramai di luar sana lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri.
"Ramainya yang maki saya sebab tak dedah the brand. Tapi saya dah sangka benda ni, sebab dalam twitter ni ramai yang palatao.
"Itu lah sebab kenapa saya tak nak dedah nama brand. Kalau saya kene saman kerana fitnah, yang maki maki ni tadi nak tolong jadi peguam atau nak bayarkan saman?
"Niat saya is bukan nak clout macam yang sebilangan daripada anda yang nak jadi palatao.
"Tujuan saya adalah untuk menyebarkan kesedaran pasal mengambil suplemen pelangsingan secara am. Lakukan kajian sebelum mengambil sebarang suplemen. Jadilah pengguna yang bijak.
"Kalau sebut pasal satu produk banyak lagi produk lain terlepas," tulis Farah.
Perkongsian itu telah mendapat lebih 8,000 kicauan (retweet) dan hampir 6,500 tanda suka (likes).