Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hidap Jangkitan Kuman Pada Saluran Kencing, Jebat Jayden Selamat Jalani Pembedahan

Amri Hassan 23/05/2019 | 22:23 MYT
Anak tunggal pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden telah selamat menjalani pembedahan pada Khamis.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pasangan terbabit menerusi akaun Instagram masing-masing.
"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.. Jebat dah selamat keluar OT..
"Kepada semua yg mendoakan terima kasih semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua..
"Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin," tulis Sharnaaz.

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.. Jebat dah selamat keluar OT.. kepada semua yg mendoakan terima kasih semoga Allah balas dgn beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.. Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sementara Nabila turut memuat naik keadaan terkini anaknya itu.

Bismillahi tawakkaltu 'alallahi laa hawla walaa quwwata illa billah... Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah. Yaa Allah kurniakn kelancaran & kesembuhan utk anakku, dan juga syifa’ dan afiah yg kekal dan yg tidak memudaratkan. آمين يا رب العالمين

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Terdahulu, bercakap kepada media Sharnaaz memberitahu Jebat menghidap jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan segera.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018.
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Jebat Jayden
;