Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hidayah Abam Dah Bertunang? Netizen Restu & Ucap Tahniah - “Awak Pun Berhak Untuk Bahagia”

Mya Amri
28/01/2024 12:42 MYT
Balu kepada pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik sepotong video memperlihatkan dirinya sedang berada di sebuah majlis pertunangan.

Mengenakan busana berona biru putih, Hidayah kelihatan begitu gembira dan tersenyum sambil memegang sejambak bunga.

Dibahagian jari manisnya juga terdapat sebentuk cincin dan di sebelahnya pula berdiri seorang jejaka segak memakai baju berona sama yang hanya memperlihatkan bahagian belakang badan sahaja tanpa memdedahkan wajahnya.

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah.

Malah mereka juga menyatakan bahawa Hidayah berhak menemui bahagia selepas pemergian arwah suami tercinta pada tahun 2020.

BERITA TRENDING: “Makin Kurus, Putih & Cantik” - Ramai Puji Hidayah Abam Comel Buat TikTok, Tetap Sopan

Terdahulu, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

#Tunang #Abam #Hidayah #Hidayah Abam
;