TERKINI

Hidayah Kongsi Momen Arwah Abam Dengan Anak Undang Sebak - “Ayah Memang Sayang Sangat-Sangat Dekat Hamzah…”

Mya Amri 30/06/2025 | 13:25 MYT
Balu Allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berkongsi momen indah anaknya, Hamzah bersama arwah suami.

Coretan menyentuh hati

Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 33, berkongsi video yang merakamkan arwah Abam sedang bermain bersama anaknya sambil tersenyum.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan coretan menyentuh hati Hidayah terhadap arwah suaminya itu.

Menurut Hidayah, walaupun penat bekerja namun arwah suaminya itu tetap mengutamakan waktu bersama anaknya.

undefined
Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.

Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamanya di Gombak, Selangor.