Hidayah Milik Allah, ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ Mulan Jameela Kini Makin Cantik Lepas Berhijab

Mya Amri
Disember 4, 2019 13:15 MYT
Penampilan penyanyi Indonesia Mulan Jameela yang semakin cantik selepas berhijab ternyata mendapat perhatian pengikut Instagramnya.
Hampir setiap foto yang dimuat naik oleh Mulan diakaun Instagram (IG) miliknya pasti akan menerima komen-komen positif yang mengatakan rasa syukur dengan perubahan penyanyi itu.
Malah mereka juga turut merasakan Mulan kelihatan anggun dan berseri dengan imej tersebut selain mendoakan pelatun lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukan.
“Lebih baik menangis kerana dosa kita, dari pada bahagia kerana pamer kemegahan riyak... Barokalloh teh Mulan semoga istiqomah,” komen @rossy2475
“Masya-Allah Tabarakallah, ikutan terharu lihat artis-artis yang sudah hijrah, terutama yang tergabung di kajian musawarah,” tulis @isirma270
“Masya-Allah cantik sungguh…” puji @bvvulan8
Gempak kongsikan beberapa foto manis Mulan yang kini berhijab:
Terdahulu, Mulan mengakui sudah bersedia untuk bertudung selepas pulang dari Palestin pada April 2018.
#Artis Indonesia #Mulan Jameela