Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Hidung Mancung, Dagu Tajam...”- Dr Say Bakal Timang Baby Boy, Mei Ini

Syafiqah Jalal 08/02/2019 | 09:15 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki.
Menurut Dr. Say selepas melakukan imbasan ‘detailed scan’ terhadap kandungan isterinya, bayi mereka dijangka akan dilahirkan pada Mei ini.
Dr. Say bersyukur kerana setakat usia 20 minggu itu, bayinya berada di alam keadaan sihat.
“1st picture 2019 of my bini & my hidung mancung dagu tajam 362gram baby boy.
“What a lovely way to start d year by going to our 20weeks detailed scan just now.
“Alhamdulillah, my baby is all fine physically from d scan. Skang saya pulak xsabaq nak Say Jr ni kluaqqq.
“Tarikh dia nk keluaq Mei ni tp sy tau time flies, tup tap nnt dah ada baby menangis dalam umah tenang Cyberjaya sy nnt huhu,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi berita gembira itu di akuan Instagram miliknya.
Doktor yang pernah viral itu turut memberitahu kini dia dan isteri sedang memilih nama untuk zuriat pertama mereka.
“Bley start pikir nama dah ni, bini nak nama start dari huruf A, sy semestinya nak nama start dari huruf S. Xpa ada 5 bulan lagi nak berkelahi pilih nama heheh,” katanya lagi.
Rata-rata turut mendoakan agar proses kehamilan isterinya dipermudahkan dan bayi mereka selamat dilahirkan nanti.

Topic : 1st Picture In 2019 . Of my bini & my hidung mancung dagu tajam 362gram baby boy. What a lovely way to start d year by going to our 20weeks detailed scan just now. Alhamdulillah, my baby is all fine physically from d scan. Skang saya pulak xsabaq nak Say Jr ni kluaqqq. . Tarikh dia nk keluaq Mei ni tp sy tau time flies, tup tap nnt dah ada baby menangis dalam umah tenang Cyberjaya sy nnt huhu. Bley start pikir nama dah ni, bini nak nama start dari huruf A, sy semestinya nak nama start dari huruf S. Xpa ada 5 bulan lagi nak berkelahi pilih nama heheh. Happy weekend anyway peeps!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

#Anak #Hamil #Hamil #Dr. Say
;