Hiburan

"Hidung Mancung Lawa Sangat" - Nourul Depp Dedah Wajah Anak Ketiga

gempak
Zulaikha Yusof
09/05/2019
07:15 MYT
Sponsor Banner
"Hidung Mancung Lawa Sangat" - Nourul Depp Dedah Wajah Anak Ketiga
Penyanyi Nourul Depp buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak ketiganya dengan jelas selepas selamat dilahirkan pada 30 April lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul telah berkongsi buat pertama kali wajah anaknya yang kini berusia lapan hari.
"Assalamualaikum uncle and auntie. My name is Isabella Depp," tulisnya secara ringkas.
Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah anak perempuannya itu serta berharap agar membesar dengan baik.
"@juitajalil: Hidung tercatok nih! Wait a minute, has is already been a month?"
"@amoijan: Waalaikumussalam isabella cute sangat moga cepat membesar dan menjadi anak yang solehah amin."
"@gojes_butik: Tahniah comei..Hidung mancung..Lawa sangat."
Bayi yang dipanggil dengan nama Isabella itu dilahirkan melalui pembedahan.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live