“Hidup Macam Kopi O Tanpa Gula…Pahit Likat Nak Telan Pun Senget Muka, Tapi… - Sharnaaz Ahmad
Fiza Kamarudin
02/12/2019 01:34 MYT
02/12/2019 01:34 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad pada Jumaat lalu telah meluahkan perasaan dengan mengumpamakan kehidupan sama seperti kopi o kosong tanpa gula.
Menerusi posting tersebut Sharnaaz berkata hidup ini umpama kopi o tanpa gula, walaupun pahit tetap ditelan kerana rindu dengan rasa pahit itu.
Ini kerana kata Sharnaaz, dugaan yang pahit sebenarnya banyak manfaat dan kemanisannya akan hadir dengan lebih bermakna.
“Hidup ni macam kopi o kosong tanpa gula…Pahit likat, nak telan pun senget muka tapi bila dah selalu telan, rasa rindu dengan pahit itu begitulah kehidupan.
“Dugaan yang pahit sebenarnya banyak manfaat.. Jadi lebihkan pahit dalam kehidupan, supaya bila kemanisan yang hadir nanti lebih bermakna,” tulisnya.
Dalam pada itu diruangan komen rata-rata pengikut meminta Sharnaaz terus positif dan kuat menempuhi hari-hari mendatang.
Ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada Sharnaaz supaya tidak takut akan kepahitan kerana anak lelakinya, Jebat adalah kemanisan dalam kehidupan.
Sharnaaz juga telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya.
Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sharnaaz kini masih dalam proses perbicaraan kes penceraiannya bersama Noor Nabila dan enggan berbuat demikian kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun lalu.