Viral
Hidup Serba Kekurangan, Tapi Kanak-Kanak Ini Tetap Menghiasi Bilik Tidur Seadanya
Dari luar, teratak ini kelihatan usang. Namun, siapa sangka, di bahagian dalam, bilik seorang kanak-kanak tersimbah warna merah jambu, terhias cantik dan sangat bersih.
Begitulah yang disaksikan oleh aktivis Syed Azmi ketika melangkah masuk ke sebuah rumah di kawasan yang dihuni oleh keluarga kurang berkemampuan.
“Rumah ini tinggalnya satu family yang ada tiga orang anak perempuan dan yang bongsu darjah dua. Saya share semalam sebab cantiknya dia menghias walaupun baru darjah dua.
“Dalam banyak-banyak rumah, 10 semuanya yang saya pergi semalam, ini yang paling miskin tapi ramai tak nampak miskin itu sebab nak compare dengan rumah lain yang mereka lihat.
“Kalau begitu, mereka betul dan menang. This is nothing. Tapi why saya cakap ni paling susah? Ini rumah tingkat atas. Tingkat bawah banjir sentiasa. Ada air perigi tapi bau dan tak sesuai buat minum,” katanya.
Syed Azmi berkata, tiada sebarang perabot berada di tingkat bawah, melainkan dinding-dinding yang comot bekas banjir setiap tahun.
“Tapi loteng atas mereka buat partition hanya untuk tiga anak perempuan mereka duduk dan belajar. Lampu pun mereka tarik dari bawah ke atas dan waktu malam sahaja pasang.
“Sebab ini ruang bilik rumah atas. Saya cuma nak highlight gigih knak-kanak darjah dua ini yang perlu disokong dan jadi teladan yang lain. Dalam miskin miskin masyarakat kita, bukankah lebih baik kita cari kekuatan dan keupayaan mereka buat teladan kita yang beruntung?” tutupnya.
Must-Watch Video