Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hidup Tanpa Tuhan We Are Nothing” - Tauke Ini 'Amalkan' Solat Hajat Setiap Tahun Biarpun Berbangsa Cina

Hanafis Haris
14/12/2020 09:17 MYT
Siapa sangka biarpun berlainan agama, seorang usahawan berbangsa Cina ini masih bersikap terbuka dalam memberi kemudahan kepada pekerja yang berbangsa Islam mengerjakan solat.

Malah, pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow ini turut mengamalkan solat hajat setiap tahun.

Pendedahan itu dibuat Leng Piow menerusi satu video temu bual yang dimuat naik laman Facebook Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan.

Menurut Leng Piow, biarpun berbangsa Cina namun, dia sangat mempercayai yang Tuhan itu wujud.

“Pekerja saya semua lokal itu wajib. Kalau tengok i buat sembahyang hajat di kilang, mesti tak percaya kan?

“Setiap tahun, saya buat sembahyang hajat di kilang.

“Ya saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan, agama itu penting.

“Saya buat tempat solat, lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang,” katanya.

Menurutnya, dia sedar sesetengah majikan tidak menyenangi perkara berkenaan, namun dia tidak pernah mengamalkan sikap seperti itu.

“Paling mustahak kena pergi sembahyang. Saya akan tunggu, itu benda wajib.

“Kalau kita hidup tanpa Tuhan, kita bukan sesiapa, we are nothing.

Anda boleh lihat video penuh di bawah:

Difahamkan, Leng Piow mula mengusahakan perniagaan minyak masak sejak daripada tahun 80-an yang terletak di Kelantan.

#Viral #Islam #Sembahyang #Minyak303
;