Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"Hijab For Allah, Free Hair For Abdullah" - Netizen Tuduh Punca Emma Buka Tudung, Ini Jawapan Syed Abdullah

Amri Hassan 07/02/2019 | 01:38 MYT
Kisah kontroversi pasangan Emma Maembong dan Syed Abdullah belum lagi berakhir.
Selepas pengumuman pelakon wanita itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab semalam, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi Syed Abdullah pula.
Baca: Selepas 5 Tahun Berhijab... Emma Maembong Sah Buka Tudung, Kembali Free Hair
Menuduhnya menjadi punca Emma nekad membuka tudung, abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu ada jawapan sendiri.
"Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed lah penyebabnya.
"Instead Syed terima semua ini sebagai cabaran.
"Terima kasih atas teguran, Syed hargai komen ini," tulisnya menjawab salah satu komen di entri terbaharu Instagramnya.

A major life decision is never a choice but rather a realization that the decision has already been made - Doug Cooper ??‍♂️

A post shared by Syed Abdullah (@syedabdullah1989) on

Hanya segelitir yang memberi kata-kata positif buat Syed namun selebihnya lebih kepada mengecam dan menuduhnya menjadi punca Emma tidak bertudung.
Semalam pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu mendedahkan telah membuat keputusan untuk tidak bertudung sejak beberapa hari lalu.
Malah, kecoh minggu lalu apabila foto Emma tidak bertudung tular di media sosial.
#Emma Maembong #Kontroversi #Emma Maembong #Syed Abdullah
;