Hijjaz Bantu Anak Rohingya Kumpul Dana Beli Ubat Cacing
Elrafaei Sapi
17/04/2018 10:22 MYT
17/04/2018 10:22 MYT
Kumpulan nasyid Hijjaz bukan saja aktif dalam kerjaya seni mereka menerusi persembahan tapi turut melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dunia.
Salah seorang anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam berkata, pembabitkan mereka dalam misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya sangat penting sebagai tanda prihatin.
"Dulu anak-anak di sana tidak boleh baca al-Quran tapi kini boleh, kita buat madrasah tahfiz dan masjid di sana," katanya dalam temubual di radio Zayan, hari ini.
Ujarnya, peranan mereka bersama anggota badan bukan kerajaan (NGO) juga membantu dalam mendirikan rumah yang diperbuat daripada buluh untuk pelarian berkenaan.
"Saya tengok kanak-kanak di sana tidak berbaju, berkasut dan minum air kotor. Jadi, ke mana saja kami pergi, kami mencari dana untuk membeli ubat cacing.
"Kami lihat anak-anak di sana mengalami mata merah, hidung berair dan kebanyakan daripada mereka ada cacing," katanya.
Sebagai usaha berterusan, Hijjaz akan pergi ke kawasan penempatan pelarian Rohingya selepas mengumpul dana untuk memberi ubat cacing berkenaan.
"Selepas ini ke mana saja kami pergi, kami akan cari dana dan kami sendiri akan ke sana semula untuk bantu mereka.
"Bagi orang ramai yang ingin membantu boleh melayari www.danarohingya.com dan paling mudah boleh datang ke persembahan kami di Bukit Mertajam pada 20 April ini untuk menderma menerusi tabung dana yang disediakan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @zayan.my & ismanhijjaz