Penyanyi ternama seperti Hijjaz, Hafiz Hamidun, Bienda dan Ana Rafali merupakan peserta program realiti terbaru terbitan Astro, Gema Gegar Vaganza (GGV).
Selain itu, kumpulan Saujana, Mirwana, UNIC bersama Azmi Caliph Busker, Izam EYE dan Wani turut tersenarai sebagai 10 orang peserta GGV.
Program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti televisyen ini bakal bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD.
"Program ini merupakan adaptasi format program realiti Gegar Vaganza yang sudah terbukti keberkesanannya. GGV menampilkan perbezaan terutamanya dari segi pendekatan dan kandungan program yang lebih bersifat Islamik," kata Ahmad Fuad Mat Ali selaku Pengurus Saluran Astro Oasis.
Semua peserta program ini akan diadili oleh tiga orang juri profesional. Dua orang juri tetap ialah komposer dan penerbit terkenal, Farihin Abdul Fattah dan pelakon popular Indonesia yang membawa imej Islamik, Oki Setiana Dewi akan bergandingan dengan seorang juri jemputan.
"Kami percaya program ini akan memberi nafas baru terhadap program realiti sedia ada. Kami berharap agar program ini akan mendapat sambutan dan diterima semua pihak," kata Raqim Ahmad selaku Ketua Saluran Melayu Astro.
Program ini juga menampilkan kelainan dengan menggandingkan tiga selebriti sebagai hos. GGV dihoskan oleh Siti Nordiana, Achey dan Fikry Lawak Solo.
Jangan lupa untuk menyaksikan konsert pertama GGV yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula Sabtu, 8 April jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (134).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Mon Mar 27 2017


Tiga Versi Lagu Kendati Trending, Amylea: "Saya Rasa Ini Bukan Cup of Tea Malaysia"
Selepas dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terus diminati dan menjadi siulan pencinta muzik tempatan.

Da'i Syed Kongsi Gambar Pakai Apron, Ramai Peminat Perempuan Jatuh Hati - "Masak Pun Hensem Tak Tau Nak Cakap La"
Untung sapa dapat dia ni.

Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar Setengah Juta Dolar Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
anjing dari baka Perancis dibawa lari perompak

Isu Saman Fitnah - Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan
Semoga dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.

Psst! Ini Lagu-Lagu Yang Ada Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Yuna, Altimet & Hael Husaini nyanyi lagu apa?

Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Alhamdulilah...Datuk Ras Adiba selamat jalani pembedahan

#MamiPiqahCorner: Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang? Doktor Kata Lain, Mak Di Kampung Lain Pula Caranya…Mana Satu Betul?
Pantang tradisional atau moden?

Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Zizan kalau berlakon wuih boleh tahan ya!

COVID 19: Angka Kembali Naik ke 2 Ribu, Kes Kematian Mencecah 1,111
Jaga diri, patuh SOP.

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota
Sampai 122 orang memang ramai, tapi mungkin ada alasan tertentu?