'Hikayat Putera Syazlan' Masih Diingati, Fimie Don Anggap Menakjubkan Sebab Sama Seperti 'Harry Potter' - "Saya Okay Jika Masih Ada..."
Asyraf Roslan
28/10/2024 06:55 MYT
28/10/2024 06:55 MYT
Lakonan pelakon, Fimie Don sebagai Syazlan dalam siri Hikayat Putera Syazlan telah meninggalkan kesan yang mendalam buat peminat-peminat siri itu.
Walaupun sudah 14 tahun berlalu, masih ada peminat yang melihatnya sebagai karakter tersebut meskipun dia memainkan watak yang berbeza.
Bagi pemilik nama Shafimie Saedon,26, dia sangat menghargai sekiranya masih ada peminat yang mengingatinya dengan watak tersebut.
“Saya okay, jika masih ada orang ingat saya dengan watak Syazlan.
“Bagi saya ia sangat menakjubkan, sama macam pelakon Harry Potter, Daniel Radcliffe sampai sekarang orang masih mengenalinya dengan watak tersebut,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, pelakon muda ini juga tidak menolak untuk berlakon kembali dalam siri tersebut jika diberi peluang.
Namun sebagai teraju utama Hikayat Putera Syazlan, dia juga mahu pelakon yang pernah menjayakan siri tersebut terlibat sama.
“Saya rasa kita kena buat Hikayat Putera Syazlan kena buat filem.
“Dan sudah tentu saya akan buat, tapi saya nak Sweet juga ada, Kak Abby Abadi, dan juga Nassirrudin Nasir untuk sama-sama menjayakannya.
“Dan kalau ada pengarah seperti P. Prem Anand Pillai yang mengarah kami, kita bagi balik apa yang orang nak, sebab saya pun nak,” ujarnya.
Selain Fimie, antara pelakon lain yang turut menjayakan siri tersebut adalah Sweet Qismina, Nasirrudin Nasir, Zoey Rahman, dan Abby Abadi.
Berlangsung selama tiga musim, Hikayat Putera Syazlan mula disiarkan di saluran Astro Ceria pada tahun 2007 sehingga 2010.