Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hikmah PKP...Nora Jadi Imam Solat Terawih Di Rumah

Asraf Aided 29/04/2020 | 06:08 MYT
Penyanyi Nora Ariffin berkongsi kebaikan diperoleh daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara kita.
Menurut Nora, dia telah menjadi imam solat terawih untuk anak-anak dan pembantu rumahnya.
"Hikmah PKP, tak pernah fikir untuk jadi imam solat terawih untuk anak-anak dan pembantu rumah di rumah.
"Sebelum ini kami memang selalu ke masjid, jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam," tulis Nora di Instagram.
Tambah Nora, dia tidak sampai hati untuk membiarkan anak-anaknya mengabaikan solat terawih begitu sahaja dalam tempoh PKP ini.
"Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan terawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.
"Mama bukan terror sangat pun, tapi niat di hati nak cuba yang terbaik," tulisnya lagi.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Nora di ruangan komen.
Rata-rata mereka memuji usaha dan cara Nora mendidik anak-anaknya itu.

HIKMAH PKP. Tak pernah terfikir utk jadi imam solat terawih utk anak2 & maid dirumah. Sebelum ini mmg kami selalu ke masjid. Jarang solat dirumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dlm PKP, tak sampai hati membiarkan anak2 abaikan terawih begitu saja, walaupun ibadah sunat. Mama bukan terror sgt pun.. Tapi niat dihati nak cuba yg terbaik. Namun dgn tunjuk ajar ustaz2 & ustazah2... Cara2 mudah utk jadi imam solat terawih dirumah. Alhamdulilah....tak susah sangat pun....kita ingat susah sbb nk perfect mcm solat kat masjid. Slow2 practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Hikmah PKP. Anak2 tak sekolah. Puasa dgn penuh pengisian & kesabaran. Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulliah....moga terus istiqamah sampai bila2. Doa utk papa & abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang disana. In Shaa Allah. @muhayya.magical #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Terdahulu, suami Nora, Johan Nawawi telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 ketika berusia 52 tahun.
Pada 14 Disember 2019, Nora dikejutkan lagi dengan pemergian anak keduanya, Alif Johan yang meninggal dunia secara mengejut.
#Nora #Terawih #PKP
;