Laman Utama
“Hilang 10 Unit, Kotak Pun Dah Dibuka” - Saharul Ridzwan Kecewa Dengan Penghantaran
Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa kecewa dengan apabila sebahagian barang perniagaannya yang dihantar kepada ejen hilang ketika penghantaran.
Saharul mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Saharul, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah membuka kotak produak wangianya sebelum sampai ke tangan ejen.
Advertisement
“MashaAllah, baru nak berniaga, dah jadi macam ni kan, rasanya mesti peniaga-peniaga di luar sana perkara alami perkara yang sama. Boleh tanya apa suggestion anda?
“Barang baru sampai dekat agent tadi, tapi hilang 10 unit. Kotak yang sampai dah pun dibuka kemudian ditutup balik dengan sticker baru,” tulisnya.
Reda dengan kejadian itu, Saharul bagaimanapun menyatakan dia sudah membuat laporan mengenai perkara itu.
“Paling saya yakin, kami tak pernah gunakan pun sticker tu. Takpelah. Tak ada rezeki. Mungkin nilainya tidak besar bagi anda, tapi tulah, kecewalah saya dan agent kami.
“Tunggu-tunggu jadi macam ni pula. Tak apalah, kita report dan claim jelah.
“InShaaAllah, saya halalkan utk sesiapa yang terambil tu. Bukan rezeki kami dan agent. Kita usaha lagi!,” jelasnya.
Sebelim ini, pelakon Arja Lee juga pernah mengalami nasib yang sama apabila barang pernigaannya iaitu 24 buah balang kuih raya yang mengandungi Tart Nenas pecah dan rosak Ketika penghantaran.
Must-Watch Video