Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hilang 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan, Yazmin Aziz Lebih Confident; “Selamat Tinggal Era Zaman Badan Chubby…”

Shahrin Zulkifle
15/12/2022 14:00 MYT

Penyanyi Yazmin Aziz mengakui lebih selesa dan diri menjadi lebih yakin selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg sejak beberapa bulan yang lalu.

Mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat, kata Yazmin, dia kini lebih menjaga pemakanan yang diambil selain berazam untuk tidak lagi memiliki badan yang lebih berisi.

“Saya dah hilang lebih 10kg, sebelum ini dalam 70kg. Saya lebih selesa dan confident sekarang. Nak pakai apa pun lebih yakin

“Bila saya ubah gaya hidup menjadi lebih sihat sejak dua bulan lalu, secara tidak langsung minda saya jadi lebih disiplin. Kalau dulu rasa nak mati kalau tak ambil gula, sekarang dah biasa.

“Cara saya makan pun dah berubah, saya makan lebih banyak makanan yang sihat sekarang. Saya study banyak juga perkara tentang fitness dan akan pastikan setiap hari masuk gym.

“Bila usia semakin meningkat saya ada azam, saya pesan pada diri saya inilah masa untuk berubah, perubahan ini saya lihat ada bagusnya juga untuk nampak lebih cantik pada diri sendiri. Selamat tinggal era zaman badan chubby. Sekarang jadi someone new,” katanya.

Yazmin berkata demikian ketika ditemui pada acara Year On TikTok 2022 yang berlangsung di Artisan Playground, Kuala Lumpur pada Rabu.

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Tambah bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia turut mengurangkan pengambilan nasi selain tidak makan makanan berminyak. Malah, dia sempat menasihati orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan melakukan senaman.

“Daripada pemakanan tiada pantang pun, cuma saya tidak makan terlalu banyak nasi. Makanan bergoreng pun saya dah kurangkan. Buah-buahan jadi amalan saya sekarang.

“Tips saya jangan takut dengan apa makanan yang anda makan, cumanya jaga jumlah kalori yang diambil. Paling penting 10,000 langkah sehari dan buat senaman, kekal sihat dan kesihatan anda lebih terjamin,” tambahnya.

#Yazmin Aziz #Big Stage 2022
;