Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”
Umirah Halim
10/09/2024 14:55 MYT
10/09/2024 14:55 MYT
Selepas 11 bulan menghilangkan diri, Youtuber mukbang sensasi Nikocado Avocado baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.
Sudah lama rancang
Sudah lama rancang
Memetik laporan NBC News, Nikocado mendedahkan bahawa dia telah merancang perkara tersebut selama hampir dua tahun.
Malah, dia turut mengubah penampilannya menjadi botak supaya peminat tidak mengenalinya.
“Saya telah menyiarkan video pra-rakam secara strategik selama 2 tahun, di YouTube dan TikTok.
BERITA TRENDING: Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri...
BERITA TRENDING: Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk
“Saya menyunting video supaya ia muncul baru-baru ini, membolehkan saya memberi tumpuan kepada penyembuhan badan saya di belakang tabir.
"Saya mencukur kepala saya supaya orang tidak mengenali saya di khalayak ramai. Segelintir rakan YouTuber turut membantu menyimpan rahsia saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nikocado turut menjelaskan tujuan video tersebut dilakukan adalah untuk mengetengahkan isu yang masih berleluasa dalam masyarakat, iaitu 'fat shaming' atau mengejek seseorang kerana berat badan mereka.
Katanya, masalah tersebut masih banyak berlaku, terutama di media sosial.
"Sementara semua orang menunjuk dan mentertawakan saya kerana terlalu banyak makan, mereka tidak tahu bahawa saya telah mengawal keadaan sepenuhnya sepanjang masa," tambah Nikocado.
Terdahulu, Nikocado mengejutkan orang ramai menerusi video terbaharunya yang mendedahkan transformasi berat badannya itu merupakan sosial eksperimen yang dijalankan sepanjang 7 tahun.
Untuk info, Nikocado sebelumnya pernah mengakui bahawa berat badannya mencecah 359 paun (162 kg).
Kini, dia berjaya mengurangkan sebanyak 113 kg, suatu pencapaian luar biasa yang mengejutkan ramai.
Sumber: People menerusi NBC News