Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, berang dengan tindakan penyanyi baharu Iman Troye yang dianggap tidak sensitif apabila menjadikan angka jangkitan Covid-19 sebagai bahan gurauan.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata kelakuan itu dianggap melampau kerana melibatkan nyawa insan yang sedang bertarung dengan virus Covid-19.

"Bagi aku nak gurau pasal kes tinggi tu boleh sebab kerajaan gagal pun boleh. Tapi bila hang (Iman) petik esok harap 7000 (kes) bagi aku simple saja..

"Dalam 7000 tu ada mak ayah orang yang tengah bertarung nyawa dan ada yang meninggal.. Fikir wahai Iman Toye (Troye) apa tak tau nama hang. Tag pi kat dia nahhh," tulisnya di laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat menyatakan dia sudah kehilangan dua anggota keluarga berpunca daripada Covid-19.

"Aku hilang dua ahli keluarga aku sebab Covid ni.. Mungkin hang tak hilang lagi ya Iman Toyel (Troye).. Apa nama dia ni??

"Iman ja lah.. Ingat na Iman, gurau pasal Muhyiddin boleh sebab dia open minded. Tapi jangan atas nyawa orang," tulisnya lagi.



Sebelum ini, Iman memuat naik satu ciapan dengan menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira).

Tindakan yang kurang matang oleh pelantun lagu Pejam Celik Hari Raya itu mengundang kemarahan dan kecaman netizen kerana dilihat tidak sensitif mengenai isu semasa.

BACA: Bergurau Tak Kena Gaya, Iman Troye Dianggap Tak Sensitif!

Bagaimanapun, selang beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitternya.

Pada Ahad lalu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 manakala hari ini setakat tengah hari tadi 6,509 lagi jangkitan dilaporkan.