HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
Penampilan terbaharu pelakon, Nazrief Nazri yang kini kelihatan semakin muda dan kacak menarik perhatian netizen.
Turun 20 kg
Nazrief menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata dia mengamalkan gaya kehidupan sihat selain turut berkongsi beberapa tips menurunkan berat badan.
Menurut Nazrief, dia mengambil masa selama lima bulan untuk menurunkan 20kg daripada berat badan asalnya dengan hanya senaman, diet seimbang dan pengambil makanan tambahan.