Viral
Hilang Duit RM20,000 & Boyfriend, Gadis Ini Kantoi Tak Setia
Sebuah video seorang gadis kantoi curang dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 tular di media sosial.
Menerusi laman Twitter milik @peanutanisa berkongsi rakaman video yang dimuat naik oleh Bros Gang TV di Youtube.
Bros Gang TV telah berpakat dengan lelaki yang dikenali dengan nama Akmal untuk melakukan eksperimen 'Gold Digger Test' bagi menguji kesetiaan gadis itu.DiTawarkan 20K nak tengok Gf setia or tak pic.twitter.com/1zSENIKIHu— kacang sweet (@peanutanisa) July 19, 2020
Malangnya, gadis terbabit lebih memilih wang ringgit dan bersetuju untuk menjadi kekasih kepada salah seorang anggota Bros Gang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Akmal yang ragu dengan hubungan percintaannya.
Malah, ada segelintir netizen yang menganggap kandungan video ini sangat melampau dan memilih untuk melaporkan supaya ditutup.
Walau bagaimanapun, gadis itu turut tidak terlepas menerima kecaman kerana tidak setia serta cepat terpedaya dengan kemewahan.
Perkongsian itu telah mendapat 800,000 tontonan dan lebih 14,000 komen.
Must-Watch Video