Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hilang Enam Ahli Keluarga Serentak, Abdur Rahman Kini Pikul Tanggungjawab Besar - "Apa Yang Saya Lalui Tak Sama Seperti Remaja Lain"

Ernalisa
10/10/2024 00:55 MYT
Walaupun baru melangkah ke universiti untuk meneruskan pengajian, anak yatim piatu yang pernah kehilangan enam ahli keluarga, Abdur Rahman Amir Ruddin, terpaksa memikul tanggungjawab besar.

BERITA BERKAITAN : Baim Wong Dakwa Isteri Curang Punca Mahu Cerai: “Lelaki Itu Teman Baik Saya”

BERITA BERKAITAN : Sarah Yasmine Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Sebar Fitnah, Langgar Perintah Mahkamah

BERITA BERKAITAN : Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

BERITA BERKAITAN : Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

Sebagai anak sulung, dia bukan sahaja perlu memastikan pengajiannya tamat dengan cemerlang, tetapi juga perlu merancang dan memikirkan masa depan adik lelakinya yang kini masih belajar sebagai tahfiz.

Abdur Rahman berkata, tanggungjawabnya semakin berat sejak kehilangan ibu dan ayahnya setahun lalu.


“Apa yang saya lalui tak sama seperti remaja lain. Saya terpaksa fikirkan diri saya dan seorang lagi adik yang bersama saya.


“Sekarang ini, saya merancang untuk memasukkan adik ke pusat kemahiran selepas dia tamat pengajian tahfiz pada tahun ini.


“Memandangkan saya lihat adik lebih berminat dalam bidang kemahiran, saya dan pakcik sudah berbincang supaya dia menyambung pelajaran di kolej yang menawarkan kemahiran,” katanya kepada Gempak.


Menurut Abdur Rahman, pesanan terakhir ibunya supaya menjaga adiknya akan diingati selamanya.

“Kata ibu, ‘jangan abaikan adik.. pastikan dia habis tahfiz.’ Sehingga hari ini, kadang-kadang saya masih terngiang-ngiang kata-kata itu.

“Sebab itulah saya mahu adik menyelesaikan pengajian tahfiznya terlebih dahulu, dan selepas itu saya akan susun pelan perlahan-lahan. Insya-Allah, pesanan ibu akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya.

Adik Abdur Rahman pernah mendapat liputan meluas di media apabila kehilangan ibu, ayah serta empat lagi adiknya dalam kemalangan jalan raya setahun lalu.

Ketika kejadian, dia dan seorang lagi adik lelakinya berada di rumah.

Baru-baru ini, dia mencuri tumpuan ramai apabila dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

#Tanggungjawab #Rahman #Besar #Abdur #pikul
;