Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Hilang’ Ke Luar Negara Ketika Rakyat Bergelut Bencana Banjir, MB Terengganu Mohon Maaf...

Awani
23/12/2022 22:50 MYT
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang 'hilang' dipercayai ke luar negara ketika rakyat negeri itu dilanda banjir besar, hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.

Beliau pada masa yang sama menyatakan kekesalan tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh ktitikal banjir besar iaitu pada Isnin hingga Rabu lalu.

"Saya ingin mengambil kesempatan hari ini memohon jutaan kemaafan dari seluruh mangsa dan rakyat Terengganu ke atas apa yang telah berlaku.

"Saya faham saya tidak boleh memberikan apa jua alasan dan sudah tentu tidak dapat membetulkan keadaan ketiadaan saya di sini rakyat Terengganu pada waktu sebegini.

"Saya faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, ia tidak bermakna," kataya menerusi siaran langsung di platform Facebook pada Jumaat.

Ahmad Samsuri turut menjelaskan keputusannya untuk ke luar negara itu dibuat kerana paras air Terengganu menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Menurutnya, beliau ada turun bertemu mangsa pada fasa pertama, malah sepanjang keberadaannya di luar negara, beliau sentiasa memantau rapat suasana banjir di negeri itu.

"Sebarang kekurangan dan kelemahan di pihak kerajaan negeri, saya mengambil memohon maaf daripada mangsa. Kita akan cuba baiki pada masa akan datang," ujarnya.

Difahamkan beliau bercuti bersama keluarganya di Auckland, New Zealand sebelum mendapat kecaman dari orang ramai di platform media sosial, khususnya.

Kehilangan Naib Presiden Pas itu ketika banjir besar melanda Terengganu ketika ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan penduduk negeri itu.

Sumber: Astro Awani

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Mohon Maaf #Banjir #MB Terengganu
;