UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

"Hilang Lawak Cuma Air Mata Mencurah" - Zizan Razak Menangis Ketika Lawat Puteri Nur Zulaika Di Hospital

Zulaikha Yusof 30/06/2020 | 03:15 MYT
Pelawak dan pengacara Zizan Razak, 36, tidak dapat menahan air mata ketika melawat seorang peminat cilik, Puteri Nur Zulaika, 10, yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
Menurut Zizan, rancangan untuk menghiburkan hati anak kecil itu pada awalnya berubah kepada suasana hiba.
"Terima kasih adik Puteri ku sayang di atas doa yang benar buat pakcik Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke Hospital PD untuk melawat adik Puteri.
"Setibanya saya di sana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah.
"Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doktor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik Puteri dari keadaan sekarang.
"Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 turut membuat panggilan video kepada Johan Raja Lawak kerana Puteri meminati mereka.
Pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak itu menyeru agar semua orang mendoakan kesembuhan Puteri.
"Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik Puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya khabar. MashAllah.
"Kuat betul semangat adik Puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua pengikut saya untuk doakan supaya adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan segala urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. Amin," tulisnya lagi.

Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri. Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. ?????❤️❤️❤️❤️ Amin..

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

#Sakit #Zizan Razak #Sakit #Peminat Cilik
;