Viral
'Hilang’ Namun Ditemui Selamat, Netizen Titipkan Nasihat Buat Siti Dhia Batrisyia - “Mak Ayah Kalau Marah Mesti Ada Sebab”
Kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar akhirnya terjawab apabila pihak polis mengesahkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kanak-kanak itu ditemui sedang merayau seorang diri oleh orang awam di kawasan Sri Rampai kira-kira jam 2.20 pada pagi Ahad.
BERITA TRENDING: “Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras Tinggi Sebuah Kondominium
"Beberapa petunjuk positif telah diperolehi hasil siasatan dan pengesanan yang dijalankan bermula pada 14 Mac lalu.
"Sehingga jam lebih kurang 1 pagi 17 Mac, pihak polis telah mendapat maklumat kanak-kanak tersebut berada di sekitar Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
"Semasa pihak polis berada di kawasan tersebut, ibu kanak-kanak tersebut telah menghubungi pihak polis memberitahu anaknya telah ditemui oleh orang awam seorang diri merayau di kawasan tersebut," katanya.
Susulan penemuan itu, rata-rata netizen menitipkan kata-kata nasihat kepada kanak-kanak tersebut supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan.Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemukan dalam keadaan selamat di Sri Rampai di sini, awal pagi tadi. pic.twitter.com/WM8qbZASe6
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2024
“Jangan susahkan keluarga kau dik. Kau muda lagi, mak ayah kau kalau marah mesti ada sebab, ni kau lari rumah pula kalau kena jual dekat Siam lagi merana hidup kau,”
“Beruntung kau dik keluarga dapat jumpa kau balik,”
“Kasihan mak ayah, dah lah anak perempuan,”
“Nasib kau baik dik, buatnya masa kau lari dari rumah tu jumpa lelaki yang niat tak baik, dir*golnya kau lepas tu sumbat dalam beg, tak ke sedih.”
Terdahulu, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng sejak Selasa.
Laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak terbabit diterima pada 14 Mac lalu sekitar jam 9.56 pagi.
Sumber: AWANI/Platform X
Must-Watch Video