Hilang Sabar Di Tanah Suci, Aliff Syukri Tuntut Hutang Pengasas Tudung - “Kereta Mewah Sempat Beli, Waktu Nak Pinjam...”
Asyikin Mayudin
23/06/2023 06:25 MYT
23/06/2023 06:25 MYT
Baru saja sampai ke Tanah Suci, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang ahli perniagaan yang mengelak membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.
Malah Aliff mendakwa individu berkenaan turut menjaja cerita yang tidak benar dengan mengatakan seolah-olah dirinya yang bersalah dalam hal ini.
"Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya.
"Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar ya kak," katanya menerusi laman Instagram miliknya.
Aliff turut berkongsi beberapa hint mengenai individu tersebut memandangkan dia sudah menagih hutang itu lebih tahun dan apa membuatkannya bengang melihat kehidupan mewah yang ditunjukkan wanita berkenaan.
"Cuba teka siapa akak ni? Saya beri hint ya. Sebenarnya saya sudah cuba menghubungi dia, dah WhatsApp dan cakap baik-baik dah. Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam.
“Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya. Boleh saja saya nak tunjuk muka akak yang berhutang ni. Janji nak bayar setahun, ini sudah masuk empat tahun tak bayar.
"Kereta baru mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta," katanya.
Rata-rata netizen memohon agar Aliff untuk memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan dan berdoa supaya usahawan berkenaan lembut hati untuk membayar semula wang yang dipinjam.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Ramai Doa “Semoga Dipermudahkan, Harap Tak Ada Lagi Video Mengarut Lepas Ni”