"Hilang Semangat Dengar Piah Menjerit" - Aksi Lucu Feeya Iskandar Disergah Katak Cuit Hati Netizen

Hanafis Haris
September 18, 2019 10:38 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar berkongsi momen lucu apabila disergah dengan katak yang dibawa oleh rakan sekerjanya Fizi Ali.
Berkongsi gelagat tersebut di Instagramnya, Feeya yang sedang berada di konti terkejut apabila Fizi membawa beberapa ekor katak yang disimpan di dalam bekas akuarium.
"Sebelum tengok video ni tolong perlahankan nada telefon anda, takut pecah.
"Level menjerit tak boleh bawa bincang. Ingat tak geli ke katak tu?
"Mentang-mentang Fizi Ali tak takut katak lepas tu tukang record Issey acah-acah nak takutkan orang last dia pun sama je," katanya.
Tambah melucukan individu yang merakam kejadian tersebut iaitu Issey Fazlisham turut terkejut apabila Fizi menghalakan akuarium itu ke arahnya.
Anda boleh lihat video melucukan tersebut di bawah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mencuit hati pengacara radio itu.
Tidak kurang juga ada yang terkejut apabila mendengar jeritan Feeya yang terlalu kuat selepas melihat katak.
#Viral #Radio #Viral #Katak