Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hilang Tanpa Khabar & Pelanggaran Dua Pesawat… Ini 5 Insiden Paling Tragis Dalam Sejarah Penerbangan!

Firdaus
29/06/2024 12:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar insiden mengerikan melibatkan pesawat.

Daripada kegagalan enjin sehingga pelanggaran ketika berada di udara, ini antara insiden kapal terbang paling mengerikan dalam sejarah dunia!

1. Tragedi MH17



Dijadual bergerak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pesawat Malaysia Airlines MH17 telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Ukraine.

BERITA TRENDING:Alami Penurunan Altitud Mendadak, Pesawat Korean Air Terpaksa Berpatah Balik

Tragedi itu telah membunuh kesemua 298 penumpang. Pada tahun 2022, kerajaan Belanda menjatuhkan hukuman kepada dua orang lelaki Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan seorang rakyat Ukraine, Leonid Karchenko.

2. Kehilangan Pesawat MH370



Pesawat Malaysia Airlines 370 (MH370) yang sepatutnya membawa seramai 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

BERITA TRENDING: 12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara

Sehingga kini pesawat itu masih lagi tidak dijumpai dan pelbagai teori telah timbul susulan tragedi misteri tersebut.

BERITA TRENDING: Hadapi Gelora Udara Ketika Penerbangan, Penumpang Qatar Airways Kongsi Detik Cemas

Komunikasi terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan trafik adalah 38 minit selepas perlepasan ketika ia merentasi Laut China Selatan.

3. Tragedi Lapangan Terbang Tenerife


Insiden paling banyak meragut nyawa ini melibatkan dua pesawat jenis 747 iaitu KLM dan PanAm.

Kejadian itu meragut 578 nyawa apabila pengganas menyebabkan kedua-dua pesawat yang tidak sepatutnya berada di situ berlanggar antara satu sama lain.

BERITA TRENDING: Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

Akibat daripada kabus tebal dan masalah salah faham antara juruterbang dan pusat kawalan, pesawat KLM berlepas tanpa kebenaran sementara PanAm masih lagi di atas landasan jalan keluar.

4. Air France 447



Pesawat Air France 447 dijadualkan membawa penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun 2009. Gara-gara penunjuk kelajuan udara yang tidak konsisten dan percanggahan komunikasi telah menyebabkan juruterbang hilang kawalan dan terhempas ke dalam lautan pasifik dan membunuh kesemua 228 penumpang dan kru.

Tentera laut Brazil telah menemui bangkai pesawat pertama dan dua mayat selepas insiden tersebut. Rakaman pesawat ditemui dua tahun selepas kejadian.

5. Air India 182 Meletup

Pesawat Air India 182 yang membawa penumpang dari Montreal-London-Delhi-Bombay pada 23 Jun 1985 hancur berkecai dek kerana ancaman pengganas.

Pesawat itu meletup di Lautan Atlantik apabila bom yang diletakkan oleh pengganas Sikh membunuh kesemua 329 penumpang.

Pengeboman kapal terbang Air India 182 ini direkodkan sebagai serangan pengganas paling teruk pernah berlaku dalam sejarah Kanada.

Sumber: Times Of India

#Bom #Top 5 #Penerbangan #Pesawat #Hilang #MH17 #Insiden #MH370 #Kapal Terbang #PanAm
;