Ketika pandemik COVID-19 masih melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan, sudah tentu kita kekal berada di rumah dan keluar atas urusan perlu dan dibenarkan sahaja.

Kadang-kadang, mungkin ada yang berasa sedikit bosan dan agak tertekan kerana aktiviti terbatas di rumah.

Jangan risau, lakukan pelbagai perkara baru yang menggembirakan anda, selain itu, jom layan filem terbaru arahan Nazir Jamaluddin berjudul Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT)

Filem ini bakal menjengah pawagam rumah anda mulai esok, 8 Julai 2021 menerusi Astro First (saluran 480).

Apa yang pasti, JTKTAPT adalah sebuah filem yang menampilkan genre komedi seram yang tidak berat dan sesuai dijadikan bahan hiburan.

Meskipun ada kisah-kisah seram yang ditampilkan, jalan ceritanya santai dan padat dengan komedi! Bolehlah anda ketawa riang di rumah nanti!

JTKTAPT dibintangi oleh Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikannya bermula esok!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.