"Hilangnya Ayah Maka Hilanglah Hala Tuju & Impian" - Reaksi Ayah Ini Terima Hadiah Kasut Buat Netizen Sebak

Hanafis Haris
Ogos 21, 2019 10:03 MYT
Kisah seorang ayah yang sebak selepas menerima hadiah daripada anak-anaknya di Twitter baru-baru ini, ternyata meruntun hati netizen.
Video rakaman berdurasi 49 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai MadreNana.
Menerusi rakaman tersebut dia, bersama adik beradik serta ibunya telah membuat kejutan kepada bapa mereka dengan menghadiahkan sepasang kasut jenama Onitsuka Tiger.
Difahamkan, kasut tersebut telah menjadi idaman ayah mereka sejak dua tahun lalu.
"Ini hadiah untukmu ayahku. Selamat hari jadi ke 52, kami semua sayang kamu," katanya di Twitter.
Dalam video berkenaan anda boleh lihat riak wajah ayahnya yang menangis kegembiraan dengan kejutan tersebut.

So we siblings including my mum decided to surprise our dad by buying him an advance gift which he have been eyeing for almost 2 years but couldn’t get himself one.. Here’s to you, My old man. Happiest 52th Birthday, i love you, we all love you. ❤️❤️❤️ pic.twitter.com/1SaqdvfK1v

— ??‍♀️ ??? (@_MadreNana) August 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, apa yang lebih membuatkan ramai sebak apabila mereka sekeluarga mengalirkan air mata selepas saling berpelukan.
Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 38,000 kali dan 68,000 likes.
Rata-rata netizen dilihat sebak dengan posting berkenaan dan meminta orang ramai menghargai ayah mereka sementara masih ada.
Anda boleh lihatnya di bawah:
#Viral #Viral #Hadiah #Ayah