Aktres Hollywood, Hilary Duff telah dikejarkan ke bahagian kecemasan di sebuah hospital baru-baru ini akibat mengalami jangkitan pada bahagian mata.

Memetik laporan Health, Hilary mengatakan jangkitan terjadi akibat terlalu kerap membuat ujian saringan COVID-19 ketika bekerja untuk menjalani sesi penggambaran.

Walaubagaimanapun, pakar-pakar kesihatan juga tidak pasti akan kebenaran apa yang diperkatakan Hilary itu.

Setelah menerima rawatan antibiotik, keadaan mata Hilary dilaporkan semakin pulih.

Namun perkara itu turut menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang bagaimana jangkitan mata boleh diperolehi daripada ujian saringan COVID-19 memandangkan ia hanya melibatkan calitan dari bahagian hidung dan tekak.

Dalam perkembangan lain, Hilary sibuk dengan projek terbarunya iaitu drama komedi berjudul Younger.

Dalam siri berkenaan, Hilary membawa watak sebagai Kelsey, seorang rakan kepada watak yang dipegang oleh Sutton Foster.

Sumber : health.com
Kredit Foto : Entertainment Tonight