Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hilary Duff Berkahwin Di Halaman Rumah Sendiri, Dres Pun Ringkas Tak Perlu Manik Atau Renda!

Amri Hassan
24/12/2019 02:40 MYT
Penyanyi Hilary Duff telah selamat berkahwin dengan kekasih hatinya, Matthew Koma pada Sabtu lalu.

Tidak perlu hotel mewah, pasangan itu berkahwin dalam majlis ringkas yang tertutup di rumahnya sendiri di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Lebih romantis, pasangan itu disatukan ketika waktu senja disaksikan keluarga dan sahabat terdekat termasuk pelakon Mandy Moore.

This.

A post shared by Hilary Duff (@hilaryduff) on


Selain majlis yang ringkas, Duff juga mengenakan sepersalinan gaun pengantin putih polos tanpa renda atau bertatahkan batu permata.

Dres anggun sentuhan Jenny Packham itu dilengkapi dengan potongan lengan cape panjang hingga paras lantai.

"Setahu saya, pada hari perkahwinan saya mahukan sesuatu yang moden. Tapi dres ini bukanlah sederhana cuma ia 'clean'," katanya dalam rakaman video bersama Vogue.

Duff pernah memiliki dua cahaya mata, Luca, 7, dan Banks yang berusia setahun.

When Hilary Duff married singer and record producer Matthew Koma last night in their front yard in Los Angeles, she wore a Jenny Packham dress, custom-made in London. It was elegant, modern, and entirely original’ writes Vogue. Watch the full length Vogue exclusive behind the scenes video - link in bio. With thanks to: Director @rombokob DP @thegolddop Audio @karajohnson101 Editor @robbymassey #JennyPackham #JennyPackhamBride #Vogue #Exclusive #HilaryDuff

A post shared by JENNY PACKHAM (@jennypackham) on

#Kahwin #Kahwin #Hilary Duff #Matthew Koma
;