Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Hina Petugas Hospital Putrajaya, Diva AA Didenda RM17,000!

Amri Hassan 27/03/2020 | 06:03 MYT
Bekas pengacara, Azwan Ali atau popular disapa Diva AA dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.
BACA: Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya, Diva AA Mohon Maaf Terbuka - "Ada Rezeki Nak Jamu Rendang Untuk Petugas
BACA: COVID-19: Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA & Dayangku Intan Kerana Perlekeh Paramedik?
Dia dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber: Berita Harian
Foto: BH, Malaysia Gazette
#Diva AA #Denda #Hospital Putrajaya
;