Akibat memuat naik kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat Sabah di laman sosial Facebook (FB), pengasas produk kecantikan Cik Non akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat ke atas Cik Non susulan susulan kenyataan dimuat naik menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahada Aisyah.

Beliau berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Polis membuka kertas siasatan ke atas pengasas produk kecantikan tersebut yang didakwa menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar mereka 'bodoh' dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan," katanya.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

BACA: "Aku Sepak Kang!" - Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka, Gadis Tantrum Maki Pengawal Keselamatan

BACA: Pakar Buah Pinggang Risau Tengok Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas!

Sumber: Harian Metro