Hina Warna Kulit, Tuduh Cik B Minum Darah Kambing Hitam, Datuk Seri Vida Anggap Netizen Makin Melampau!

Hanafis Haris
Januari 9, 2020 08:20 MYT
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida kecewa apabila masih ada segelintir netizen yang terus mengecam dan menghina anak sulungnya, Cik B atau lebih nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.
Menurutnya, selain menghina warna kulit, ada juga netizen yang tergamak memfitnah Cik B mengamalkan darah kambing hitam.
"Sedapnya bahasa netizen, sampai ada yang kata Cik B minum darah kambing hitam.
"Ada juga yang kutuk warna kulit Cik B, nak buat macam mana dia tak mahu. Dia nak kulit tan," katanya di posting berkenaan.
Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Vida bengang dengan kecaman yang dilemparkan kepada Cik B.
Kebanyakan mereka menganggap kutukan itu telah melampaui batas.
Walaubagaimanapun, tidak kurang juga ada pengikut di Instagram yang tampil memberikan kata-kata semangat terhadap Cik B dan Vida.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
#DSV #Cikb