Laman Utama

Hingga Hujung Nyawa… Pasangan Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 10 Minit

gempak
Izwan Isa
06/08/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Hingga Hujung Nyawa… Pasangan Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 10 Minit
Tular sepasang suami isteri dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh selang 10 minit di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada Khamis lalu.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Facebook Muhammad Zain pada Jumaat yang menyatakan individu dikenali sebagai Salimi Maralim bersama isterinya, Maria Abdullah telah meninggal dunia di hospital berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, Maria meninggal dunia pada jam 7.05 malam manakala suaminya, Salimi meninggal dunia pada jam 7.15 malam hari yang sama.
Tulisnya lagi, Salimi terjatuh sebaik mengetahui isterinya telah meninggal dunia.
"Kepada Allah kita memohon semoga roh pasangan suami isteri itu ditempatkan dalam kalangan roh para syuhada dan solihin.
"Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Mati itu terlalu dekat dengan kita," pesannya dalam tulisan di Facebook beliau.
Hantaran beliau tular di media sosial sehingga mendapat 997 tanda suka, 320 komen dan 974 perkongsian setakat jam 1 tengah hari Jumaat.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati pengurusan jenazah pasangan suami isteri itu dilakukan di Masjid Nurul Iman Kampung Pasir, Putatan.
Kelihatan orang ramai dipercayai ahli keluarga terdekat dan rakan taulan pasangan suami isteri itu turut hadir di masjid tersebut sebagai penghormatan terakhir kepada kedua-duanya.
Selepas jenazah dikafankan dan disolatkan bersama, kedua-duanya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Contoh untuk dikebumikan.
Salah seorang individu yang terlibat dalam pengurusan jenazah dikenali sebagai Azmi Hadith memaklumkan bahawa pengurusan kedua-dua jenazah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Ini Ayat Al-Quran Terakhir Yang Disampaikan Pensyarah USIM Ketika Kuliah Subuh Sebelum Meninggal Dunia​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live