HIBURAN

Hint Sahih? Perkongsian Irfan Harris Cetus Spekulasi, Netizen Mula Teka Tarikh Nikah Amira Othman - “14/9 Ni Diorang Nikah…”

Umirah Halim 23/08/2025 | 23:55 MYT
Teka-teki mengenai status hubungan pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman kembali menjadi perhatian selepas adik kepada Amira, penyanyi Irfan Haris berkongsi video di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Irfan memuat naik foto perbandingan dirinya bersama Amira pada tahun 2013 dan 2025, selain menyertakan gambar seisi keluarga yang turut memaparkan kelibat Fattah berbaju rona merah jambu cair sedondon.

“Macam mana semua ini sepantas ini ek Kak Ya (Amira Othman), kita buat-buat tak faham je la,” tulis Irfan di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula meneka tarikh pernikahan pasangan tersebut.

“14/9 diorang nikah koranggggg, aaa congrats

“Hint yang sahih.

“Dapat rasa kalinie bukan marketing dah 😂, maybe diorang dah kahwin dh cuma dirahsiakan ja,” dakwa beberapa netizen.

Menariknya, hantaran tersebut turut diulang siar (repost) oleh Amira sendiri di Instagram miliknya, sekali gus menambah lagi tanda tanya peminat.

Terdahulu, gosip mengenai pernikahan pasangan itu dikatakan bakal berlangsung pada Oktober depan namun perkara tersebut dinafikan kedua-duanya.

Sumber: TikTok

#Amira Othman #Amin #Fattah #Harris #Irfan