"Hirisan Di Tangan Tak Sesakit Hirisan Bekas Isteri Yang Diceraikan .." - Muat Naik Foto Tangan Calar & Luka, PU Abu Undang Komen Kecaman Daripada Netizen

Zulaikha Yusof
September 11, 2019 02:24 MYT
Pendakwah bebas PU Abu Sufyan telah memuat naik foto kesan calar dan luka di bahagian tangannya.
Menerusi kapsyen yang ditulis, PU Abu seakan memberi gambaran seolah-olah dia diserang oleh beberapa orang individu.
Dalam pada itu, PU Abu melahirkan rasa syukur kerana tidak berlaku sebarang kecederaan yang serius.
"Alhamdulillah aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku hanya sekadar calar-balar di tangan.
"4-5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku.
"Allah adalah sebaik-baik pelindung. Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini, kuncinya hanya satu sabar," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut PU Abu terkejut serta risau melihat keadaannya.
Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang beranggapan ini adalah balasan untuk apa yang telah dilakukan terhadap bekas isterinya, Ain.
Terdahulu, PU Abu menceraikan Ain kerana bekas isterinya mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.
#PU Abu