Laman Utama

His Dark Materials S3: Penerbit Bagi Hint ‘Ending’ Gembira & Sedih…Yang Penting Fans Puas Hati!

gempak
Syafiqah Jalal
26/12/2022
13:22 MYT
Sponsor Banner
His Dark Materials S3: Penerbit Bagi Hint ‘Ending’ Gembira & Sedih…Yang Penting Fans Puas Hati!
Siri popular His Dark Materials musim ketiga (His Dark Materials S3) bakal melabuhkan tirai untuk episod akhir esok.
His Dark Materials S3 telah ditayangkan selama empat minggu di HBO GO setiap hari Selasa bermula 6 Disember lalu.
Namun bagi peminat siri ini pastinya teruja untuk menantikan apa yang berlaku kepada ‘ending’ siri yang dibintangi oleh pelakon muda utama iaitu Dafne Keen dan Amir Wilson ini.
Astro Gempak berpeluang menemuramah dua penerbit eksekutif hebat yang menjadi tunjang utama siri itu iaitu Jane Tranter dan Dan McCulloch secara virtual sebelum ini.
Selain berkongsi serba sedikit mengenai cabaran menjayakan siri adaptasi novel ini, mereka juga turut mendedahkan serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam episod akhir siri ini esok.
Gempak: Dalam musim ketiga ini, khabarnya sukar untuk adaptasikan mahluk menyerupai gajah iaitu Mulefa dan membawanya ke dalam siri ini. Boleh anda kongsikan cabarannya dan bagaimana proses untuk menjayakannya?
Jane Tranter: Ia sangat menarik kerana saya ingat pada musim pertama bila penonton melihatnya pertama kali mereka sangat kagum sebab ia satu adaptasi yang epik dan berat untuk dibawakan.
Mulefa simbiotik dan ‘rare’, saya tak nafikan ia sukar juga untuk kami adapatsinya dalam siri ini kerana ia makhluk yang unik mana tidaknya ia kelihatan seperti gajah tapi ia bukan gajah malah nampak juga macam zebra tapi bukan haiwan itu.
Mahluk ini bercakap jadi untuk cantumkannya dengan animal sign untuk bercakap dalam bentuk berbeza itu agak mencabar. Tak dinafikan proses yang mencabar tapi kami berjaya lakukannya. Gempak: Adakah plot atau babak yang pengarah menyesal tidak dapat jayakan dalam siri kali ini?
Dan McCulloch: Saya rasa banyak sangat tentang buku ini yang boleh diterokai seperti mahluk baharu dan karakter yang berbeza.
Bila baca buku itu saya perlu fahamkan dengan pemikiran saya bagaimana hendak simpulkan dan adaptasikannya pula dalam bentuk visual.
Sebenarnya terlalu banyak perkara dan potensi yang boleh saya explore lagu untuk membangunkan jalan cerita ini supaya menjadi lebih hebat lagi. Gempak: His Dark Materials S3 merupakan babak terakhir dalam buku ini, apakah yang pengarah sediakan untuk peminat dan pengikut siri ini dan apakah yang mereka boleh jangka untuk pengakhiran siri ini?
Jane Tranter: Saya boleh kata peminat boleh jangka satu pengakhiran yang gembira dan juga sedih. Jika baca dari buku ini saya boleh katakan ia adalah pengakhiran yang terbaik dan sempurna di antara bahan sastera yang ada.
Sebenarnya banyak kita cuba muatkan dalam siri ketiga ini untuk memastikan pengakhirannya memberikan kesan emosi yang mendalam kepada penonton. Jadi peminat boleh jangka pengakhirannya ada harapan dan juga kehilangan.
Penonton juga boleh jangka ada pertempuran dan ada juga sedikit kisah pasangan muda bercinta jadi keseluruhannya complexity.
Selain Dafne Keen dan Amir Wilson His Dark Materials S3 turut dibintangi oleh Ruth Wilson, James McAvoy, Simone Kirby, Will Keen, Jade Anouka dan Ruta Gedminstas.
Berdasarkan The Amber Spyglass, novel ketiga dan terakhir dalam trilogi Philip Pullman yang memenangi anugerah, musim ketiga His Dark Materials mengandungi sejumlah 8 episod dan pengarah termasuk Amit Gupta, Charles Martin dan Weronika Tofilska.
His Dark Materials dihasilkan oleh Bad Wolf bersama dengan Pawagam New Line untuk BBC One dan HBO. Eksekutif yang menghasilkan siri ini ialah Jane Tranter, Dan McCulloch, Joel Collins dan Julie Gardner untuk Bad Wolf; Philip Pullman, Jack Thorne, Tom Hooper; Deborah Forte, Toby Emmerich dan Carolyn Blackwood untuk Pawagam New Line; dan Ben Irving untuk BBC.
Saksikan His Dark Materials 3 di HBO GO sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live