Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) pada Sabtu, telah berkongsi ‘teaser’ filem terakhir lakonan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Menurut BCL filem J2: J Retribusi itu Ashraf melakonkan watak antagonis dalam filem tersebut dan pastinya akan membuat penonton tidak sabar untuk menyaksikannya.

Dalam pada itu BCL yang berasa bangga dengan suaminya itu turut memohon orang ramai mendoakan dan mensedekahkan Al-Fatihah buat suaminya itu.

His last movie. Im proud of you sayang. ‘MERCILESS’ itulah gambaran watak antagonis yang dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang membuatkan anda tidak senang duduk ketika menontonnya! Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.”

Difahamkan, filem J2: J Retribusi ini akan mula ditayangkan bermula 1 Jun 2021 di Disney+ Hotstar.

Sementara itu di ruangan komen ramai pengikut menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem terakhir lakonan Ashraf Sinclair.

Mereka turut meluahkan rindu untuk melihat lakonan Ashraf di Malaysia selepas Allahyarham mengembangkan kerjaya dan menetap di Indonesia.


Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Selasa (18 Februari 2020).

Ashraf dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung sewaktu berada di kediamannya.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)