Hiburan

Hisyam Hamid Puas! Impian Berlakon Bersama Ummi Nazeera Tercapai - “Saya Pernah Cakap Yang…”

gempak
Asyraf Roslan
16/12/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Hisyam Hamid Puas! Impian Berlakon Bersama Ummi Nazeera Tercapai - “Saya Pernah Cakap Yang…”
Pelakon, Hisyam Hamid mendedahkan bahawa antara impiannya dalam dunia lakonan adalah untuk bekerjasama dengan pelakon Ummi Nazeera.
Menurut Hisyam, dia tidak sangka kata-katanya selama ini menjadi satu doa dan dimakbulkan apabila dia dapat bekerjasama menerusi drama sensasi, Andai Tiada Dia.
“Antara impian saya adalah untuk bekerjasama dengan Ummi Nazeera. Sebab saya memang mengikuti kerja-kerja dia.
“Saya pernah cakap yang saya membayangkan saya bekerja dengan Ummi dalam satu babak yang sangat tegang yang dia akan menangis dan saya juga begitu. Alhamdulillah kata-kata itu telah menjadi satu doa dan dimakbulkan dalam Andai Tiada Dia,” katanya kepada Gempak.
Hisyam Hamid ditemui ketika menghadiri watch party drama Andai Tiada Dia, di Dashbox Cyberjaya baru-baru ini.
Pada masa sama, Hisyam menyatakan dia tidak kisah dibenci oleh penonton kerana watak Haikal yang dipengang olehnya dalam drama tersebut.
Menurut Hisyam atau nama lengkapnya, Hazmi Hisyam Abdul Hamid, sebagai pelakon dia sangat puas untuk memainkan watak tersebut meskipun itu bukanlah karakter sebenarnya dalam kehidupan.
“Saya rasa cabaran adalah untuk menjadi seseorang yang bukan diri saya, karakter Haikal ini banyak marah dan biadap sehingga saya rasa watak ini sangat keterlaluan.
“Tapi sebagai pelakon saya sangat puas walaupun dibenci, tapi tak mengapa walaupun menjadi seorang lelaki paling dibenci pada saat ini, saya puas hati,” katanya.
Sinopsis
‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.
Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.


Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024