HIBURAN
Hisyam Hamid ‘Spill The Tea Paling Hangat’, Dakwa Kena Tukar Segmen Present Awards Saat Akhir - “Good Night”
Pelakon, Hisyam Hamid mendedahkan segmennya sebagai penyampai anugerah di sebuah acara hiburan baru-baru ini ditukar pada saat-saat akhir.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, Hisyam akui terkejut dan berkongsi paparan skrin mesej yang memaparkan maklumat dia sepatutnya menyampaikan anugerah ‘Selebriti Femini Terhangat’ yang dimenangi oleh pelakon Sophia Albarakbah pada malam itu.

Bagaimanapun pada malam acara itu, segmen tersebut diambil alih oleh Bella Astillah dan Syed Saddiq.
"Sampai-sampai je "Hisyam jom terus ke backstage", tak tahu pula kena present first award. tetiba neves," tulisnya.
"Sampai-sampai je "Hisyam jom terus ke backstage", tak tahu pula kena present first award. tetiba neves," tulisnya.

Bagaimanapun menerusi tinjauan Gempak, hantaran tersebut telah di padam oleh aktor asal Singapura itu namun ramai dalam kalangan netizen di Threads sempat memuat naik semula paparan skrin tersebut.
Lebih menarik, selepas hantaran itu dipadam Hisyam sempat mengucapkan selamat malam kepada pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hisyam kerana telah menceritakan perkara sebenar kepada umum.
“Tq bang spill the truth!
“Goodnight & thankyou for the ... btw! 🙆♀️
“Tq for the tea!! Nanti mai kedai kopi cheq. Cheq belanja hahahahahha
“Wahhh.. spill terbaik!,” komen netizen.
Terdahulu, nama Sophia kembali hangat diperkatakan selepas momen janggal menerima anugerah daripada penyanyi, Bella Astillah di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.
Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari 2023.