Hiburan
“Hitam Tak Perlu Putih, Hitam Pun Cantik & Handsome” - Netizen Perbetul Mesej ‘Self-Love’ Zulin Aziz
Pelakon Zulin Aziz mencuri perhatian apabila nasihatnya tentang ‘self-love’ mengundang rasa tidak selesa wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, Zulin memuat naik satu kicauan berunsur nasihat untuk menaikkkan semangat umum.
“Jangan bersedih. Hitam pun boleh putih, gemuk boleh kurus. Jerawat boleh hilang. Sebelum tu kita sendiri kena mencintai diri kita sendiri. Kalau kita selesa tak apa, kalau kita okay, kita tak hairan orang nak kata apa kat kita. Yang paling penting kita sayang diri kita dulu,” tulis Zulin.
Namun, di sebalik kicauan tersebut, rata-rata wargamaya tidak bersetuju dengan nasihat ‘hitam pun boleh putih’ yang dikeluarkan oleh aktres itu.Jangan bersedih. Hitam pun boleh putih,gemok boleh kurus.jerawat boleh hilang. Sebelum tu kita sendiri kene mencintai diri kita sendiri. Kalau kita selesa tak apa,kalau kita ok ,kita xheran org nak kata apa kat kita. Yg paling penting kita syg diri kita dulu pic.twitter.com/rzyq6AjB2p— زولين عزيز (@iamzulinaziz) May 30, 2020
Menerusi kicuan itu juga, ramai wargamaya berpendapat bahawa orang ramai tidak perlu menukar warna kulit kerana setiap hitam atau putih itu ada keistimewaan dan kecantikan tersendiri.
Malah, ramai yang turut meninggalkan komen positif kepada mereka yang berkulit gelap.
“Thats great zulin! Cuma abang nak betulkan sikit. Hitam tak perlu putih. Hitam pun cantik. Hitam pun handsome. Hitam is nice,” luah seorang wargamaya.
“Nak beri peringatan sikit, tak ada salahnya dengan kulit gelap. Cantik je,” komen seorang wargamaya.
“Tak kira kulit warna apa kita tetap cantik. Abaikan orang yg duk menghina mengejek. Tak ada salahnya kalau tak berkulit cerah okay babe,” tegur seorang wargamaya.
“Saya gelap sejak azali dan saya sayang diri saya. Saya jadi diri sendiri dan bukan orang lain. Alhamdulillah,” tulis seorang wargamaya.
“Honestly kulit gelap cantik jela! Walaupun aku kulit putih, tapi aku rasa org yang kulit gelap ni ada tarikan dia tersendiri. Tolong jangan setkan ‘putih’ sebagai standard kecantikan. Dan tolonglah jangan rosakkan diri dengan makan produk berkimia tinggi untuk jadi putih, tak sihat,” kata seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Zulin berjaya menurunkan berat badannya kepada 58kg dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan.
Must-Watch Video