Antarabangsa
Honda City Baharu Terima 9,000 Tempahan, Varian V dan Warna Putih Mutiara Platinum Menjadi Pilihan
Sejak ia dilancarkan, Honda Malaysia sudah menerima 9,000 tempahan bagi model segmen B menerusi City baharu.
Dengan tiga varian ditawarkan, V menerima tempahan paling tinggi iaitu 54 peratus. Pelanggan di kawasan tengah mempunyai permintaan paling tinggi dengan 44 peratus tempahan, diikuti utara iaitu 22 peratus dan 19 peratus bagi selatan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/sept/honda-city-launch-100.jpg)
Advertisement
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, permintaan City baharu cukup memberangsangkan dengan peningkatan 80 peratus selepas sebulan ia dilancarkan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/honda-city-rs-launch-011_1.jpg)
“Kami sangat bersyukur mendapat maklum balas positif daripada pelanggan Honda dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan berterusan,” katanya.
Baca juga artikel lain:
>> Honda City Serba Baharu Tawar 4 Varian, Harga Bermula RM74,191