Honda Malaysia menghadiahkan Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan
Honda Malaysia menghadiahkan Honda Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda.
Majlis penyerahan diadakan di Istana Negara pada Isnin lalu dan jentera paling berkuasa dalam keluarga Honda di Malaysia itu bakal menjadi kenderaan pengiring.

“Pada masa sama, saya juga menyerahkan sebuah Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya.

Civic Type-R yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai jentera pacuan roda hadapan paling pantas di Litar Nurburgring dijanakan dengan enjin 2.0L VTEC turbo.

Selain itu, ia hadir tiga mode pemanduan membabitkan Comfort, Sport dan +R. Civic Type R memiliki karakter seperti jentera lumba, selain memiliki ciri keselesaan untuk pemanduan harian.
