Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Honestly Zero Persen”- Suami Dedah Tak Kisah Lelaki Komen Lucah, Elizabeth Tan Akhirnya Jawab 15 Soalan Tentang Perkahwinan

Syafiqah Jalal 30/05/2021 | 02:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan akhirnya mendedahkan suaminya, Siew Jim secara peribadi dalam satu sesi soal jawab soalan dari peminatnya.
Kata Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, sesi soal jawab itu dilakukan selepas menerima banyak rungutan dari peminatnya yang mahu tahu tentang jejaka yang telah menawan hatinya.
“Ramai complaint kenapa tak post content dengan husband, jadi kali ini saya dan suami akan menajwab 15 soalan yang anda tujukan pada kami,” katanya.
Lizzy berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video panjang yang dimuat naik di akaun Instagram(IG) miliknya.
Menerusi video tersebut dia yang duduk bersebelahan suaminya menjawab segala persoalan dari IG dalam soalan Q&A Insta Story.
Antara soalannya, peminat bertanyakan mengenai bagaimana perkenalan mereka bermula.
“Kami berkenalan dekat sebuah kedai minuman bar, ketika itu saya dan ada kekasih lain jadi masa berjumpa kami tak banyak borak.
“Kami diperkenalkan oleh kawan baik suami dan selepas itu kami tidak bercakap selama tiga tahun dan selepas itu baru mula berkenalan kembali,” kata Lizzy.
Selain itu, soalan yang membuatkan ramai tertanya-tanya adakah suami tidak cemburu dengan komen lucah yang diterima Lizzy di dalam media sosial selama ini.
Siew Jim menjawab dengan jujur dia tidak cemburu dan tidak kisah dengan segala komen tersebut.
“Secara jujurnya zero persen kerana saya tidak cemburu atau tidak kisah langsung dengan komen-komen lucah itu.
“Kalau kamu semua rasa mereka itu lucah kami sendiri secara peribadi suka cakap tentang komen lucah sesame sendiri.
“Lagi pun saya bukan seorang lelaki yang kuat cemburu,” jelasnya.
Siew seorang yang terbuka ketika menjawab semua persoalan tersebut termasuk soal anak serta status mereka yang duduk berasingan.
Ramai lelaki Melayu patah hati apabila gambar perkahwinan penyanyi dan pelakon seksi, Elizabeth Tan tersebar, pada Mac lalu. Namun Lizzy mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan perkara tersebut.

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

#Kahwin #Elizabeth Tan #Suami #Cemburu #Lucah #Komen Lucah
;