Hoorey! 3 Lagi Destinasi Pelancongan Dibuka Termasuk Melaka & Pulau Tioman
Maliah Surip
21/09/2021 22:50 MYT
21/09/2021 22:50 MYT
Kerajaan terus memberi berita gembira buat rakyat apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi siap dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik.
Tiga destinasi yang dijangka boleh mula dilawati pelancong adalah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bermula 1 Oktober depan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga mengesahkan cadangan tersebut telah diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID 19, semalam.
"Hari ini (semalam) kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka dan akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Menyuarat Jawatankuasa Khas Menangangi COVID 19) hari ini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID 19 di Parlimen, lapor BERNAMA.
Beliau menambah, hal utama yang menjadi titik tumpu adalah memperhalusi prosuser operasi standard (SOP) di tiga destinasi pelancongan ini kelak.
Selain itu kementerian turut meneliti beberapa destinasi pelancongan lain yang akan dibenarkan beroperasi dan diumumkan kelak.
Keputusan pembukaan tiga lagi destinasi pelancongan di Malaysia ini dibuat selepas melihat perkembangan Pulau Langkawi yang menjadi projek rintis bermula 16 sehingga 19 September lalu agak memberangsangkan.
Seramai 6,662 pelancing memasuki pulau itu melalui penerbangan manakala 3,433 lagi menggunakan feri.
Kredit Foto: The Edge Market