Pelakon Siti Elizad berkongsi nukilan hati sempena ulang tahun keenam perkahwinan bersama suami tersayang, Shamsul Baharin Rahman.

Coretan itu jelas menggambarkan isi hati pelakon cantik yang terkenal dengan sikap periang dan sentiasa positif ini.

Menurut Elizad, dia berterima kasih kepada suaminya kerana sentiasa berada di sisi dan bersabar dengan dugaan yang dilalui mereka.

“Kami beli rumah ni pada 2018 dengan harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua sayang ku.

“Nampaknya seperti isteri awak ini terpaksa jadi ‘baby kecik’ untuk meriahkan keluarga kecil kita. I sangat-sangat berharap you tak boring dengan I, memandangkan isteri you belum ada rezeki nak bagi you zuriat sendiri.

“Selamat ulang tahun ke-6 sayang ku. Terima kasih selalu layan, sabar dan lindungi saya. Insha-Allah kita sama-sama doa dan terus berdoa lagi. Love u till Jannah Sayang,” coretnya.

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya mendoakan pasangan ini agar hajat untuk memiliki zuriat termakbul.

Selain itu, warganet juga terus memberikan sokongan dan semangat kepada Elizad supaya tidak mudah putus asa.

“Kak Ijad jangan sedih ye. Rezeki tak pernah salah alamat. Allah S.W.T dah susun cantik dah ni. Semoga dapat baby kembar this year. Amin,” tulis @syahirah.mohamad_

“Saya doakan semoga Allah S.W.T berikan segala yang terbaik untuk awak, Elizad. Kesabaran, ujian-ujian yang boleh diterima dengan harapan kebahagiaan di kemudian hari. Amin,” doa @popqueen1711.

BACA: “Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu Sebentar”- Elizad Keguguran

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Elizad juga sempat menjalani rawatan IVF dan hamil untuk beberapa minggu sebelum keguguran, November tahun lalu.